BMP 6014/BMP 6093 Falsafah dalam (dan) Kurikulum Pendidikan Bahasa
Objektif kursus
1. Menghuraikan takrif falsafah bahasa dan teori-teori bahasa yang mendasari falsafah pengajaran dan pembelajaran bahasa.
2. Menunjuk cara amali pengajaran di dalam bilik darjah.
3. Menyampaikan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu di sekolah berdasarkan kajian kes yang dilakukan.
4. Mengambil pengajaran daripada isu kurikulum yang dibincangkan dalam sesi seminar atau forum yang dirancang.
5. Menyampaikan idea yang bernas dan logik.
Kandungan kursus
Kursus ini menekankan kefahaman pelajar tentang falsafah pendidikan bahasa dan menilai pendekatan dalam pembentukan kurikulum pendidikan bahasa. Skop pembelajaran meliputi hubungan antara teori dan kaedah dalam pendidikan bahasa, di samping meneliti peranan sastera dan perkaitannya dengan bahasa bagi mewujudkan kemahiran berbahasa dan kemahiran berfikir. Dalam pembinaan kurikulum, perkaitan epistemologi, etika dan sistem nilai, turut dimanfaatkan.
Pencapaian
1. Menguasai bidang falsafah bahasa dan kaitannya dengan pengajaran Bahasa Melayu;
2. Mempamerkan kemahiran memimpin dan mengurus dalam menyelesaikan tugasan yang dipertanggungjawabkan;
3. Berupaya menjalankan penyelidikan yang bersesuaian dengan bidang falsafah dan pengajaran bahasa;
4. Peka terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkaitan dengan falsafah dan pendidkan bahasa; dan
5. Berkomunikasi secara efektif dan boleh bekerja dalam pasukan.
Penilaian
Kerja kursus: 100%
1. Abdullah Hassan (Peny.) (2007). Kongres bahasa dan persuratan Melayu I-IV (1952-2002). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemahan Malaysia.
2. Awang Sariyan (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas pegangan guru. Bentong: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
3. Dahlia Janan et al. (eds) (2004). Mengajar dan belajar Bahasa Melayu Jilid 1. Tg. Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
4. Hashim Musa (1994). Pengantar falsafah bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Idris Mohd Radzi dan Dahlia Janan (eds) (2006). Mengajar dan belajar Bahasa Melayu Jilid 2. Tg. Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
No comments:
Post a Comment